tandas pun jadi tempat majlis buka puasa haram

POKOK SENA: Empat lelaki yang tidak berpuasa tergamak makan di tepi tandas belakang sebuah kedai makan di pekan ini tanpa menghiraukan keadaan tandas dan dapur kedai itu yang busuk dan dihurungi lalat.
Bagaimanapun, mereka bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang menyerbu kedai itu, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
Dalam serbuan itu, Unit Penguatkuasa MBAS turut merampas peralatan memasak kedai berkenaan serta lauk pauk dan air minuman yang siap dibancuh ke dalam lori pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati dapur di kedai makan itu menjijikkan dengan lantainya penuh sampah dan berlumut, tetapi agak menghairankan ia tetap menjadi tumpuan orang Islam untuk makan.
PIHAK BERKUASA HARUS TAHAN BUDAK GOMOK IAITU IQBAL BUNCIT
ReplyDelete