Serina 'muntah' di lokasi

sumber:www.hmetro.com.my

LEBIH dua bulan bergelar isteri, rumah tangga pelakon Serina Redzuawan dan suaminya Gavin Edward O'luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33, bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata apabila kini hamil.

Kata anak tukang masak terkenal Datuk Chef Wan ini, dia mula berasa dirinya kurang sihat ketika terbabit dengan penggambaran program Jalan-Jalan Cari Makan, baru-baru ini. Dia juga menjadi pengacara program santai terbitan TV3 itu menggantikan tempat Maria Tunku Sabri.

"Sebelum buat program itu, saya dan suami baru kembali dari bulan madu di Pulau Bali, Indonesia. Ketika penggambaran Jalan-Jalan Cari Makan, saya juga muntah ketika di lokasi dan selera makan juga semakin bertambah. Saya terus membuat ujian kehamilan dan mendapati ia positif.

"Bagi mendapat kepastian, saya dan suami terus berjumpa doktor untuk buat ujian ultra sound dan kini disahkan mengandung lima minggu," katanya. Serina berkata, apabila mendapat tahu dirinya mengandung, suaminya adalah orang yang paling gembira kerana bakal bergelar ayah.

kata Serina yang kegembiraan sampai tak boleh henti tersenyum,
Semoga kegembiraan itu berkekalan di akhir ayat....


Categories: Share

Leave a Reply