Hotel Mania ,ala2 High school musical

Kenapa ohkodok kata ala2 high school musical,sebab anda mungkin perasaan selang berapa minit mesti ada ajenda nyanyi2...kan..lebih kurang sama la..dengan high school musical...x kisah la...walau apa pun nyanyian dia ok juga,terhibur...rancak..jugak..

Hotel Mania
Menggandingkan Anding, Dafi, Bob, Marsha dan Adam, drama muzikal pertama yang diterbitkan oleh KRU Studios itu turut menampilkan Ryzal, Zain Ruffedge, Adeline Tsen dan Sheila Mambo.Hampir 70% pelajar2 Af berganding bahu menjayakan rancang lestary ini...Kalau anda ingin mengatahui perjalanan cerita ini baca sipnosis di bawah.

Sinopsis
'Hotel Mania' mengisahkan tentang Adiwira yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari bapa kandungnya yang tidak pernah dikenali. Di Kuala Lumpur, secara tidak sengaja, dia berkenalan dengan Girang (Dafi) yang menjalani latihah praktikal di sebuah hotel.

Girang yang melihatkan kesempitan Adiwira mencadangkan Adiwira menghadiri temuduga di hotel tempatnya bekerja. Dia berjaya mendapatkan kerja di hotel tersebut setelah menunjukkan sikap yang baik kepada pengurus hotel.

Sebagai pekerja baru, Adiwira diwajibkan menjalani latihan di setiap bahagian sebelum ditempatkan ke unit yang paling sesuai dengan kemahirannya.

Sejak itu, kehidupan barunya sebagai pekerja hotel bermula. Pelbagai insiden berlaku namun dia tetap tidak pernah melupakan hasrat tunggalnya iaitu mahu mencari ayah kandungnya.




Categories: Share