Argentina buat kenduri!
Argentina mula tunjuk taring,
Minit perlawanan
minit ke-17 setelah pemain Korea Selatan, Park Chu-young tertolak masuk bola ke gawang sendiri ketika mahu menyelamatkan sepakan percuma Lionel Messi dari sebelah kiriBelum sempat Korea Selatan menyusun permainan, gawang mereka bolos lagi apabila Argentina memperoleh gol kedua hasil tandukan Higuain pada minit ke-33.
Namun kelekaan pemain pertahanan Argentina, Martin Demichelis dihukum Lee Chung-yong yang berjaya menewaskan penjaga gol lawan, Sergio Romero untuk merapatkan kedudukan 2-1 pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Korea Selatan dilihat lebih yakin pada permulaan babak kedua tetapi gol penyamaan yang dicari mereka gagal ditemui apabila pertahanan Argentina kental menyerap asakan mereka.
Argentina berjaya mematikan semangat Korea Selatan itu apabila mereka akhirnya memperoleh gol ketiga pada minit ke-76 hasil tolakan mudah Higuain yang menyudahkan percubaan awal Messi yang terkena tiang gol Korea Selatan.
Penyerang Real Madrid itu melengkapkan hatrik empat minit kemudian menerusi satu lagi tandukan menarik menewaskan penjaga gol Korea Selatan, Jung Sung-ryong untuk memastikan kemenangan bergaya 4-1 buat Argentina.

Hatrik pertama Piala Dunia 2010 oleh Gonzalo Higuain