Brasil kena main!

Pertama sekali tahniah di ucapkan kepada Belanda kerana berjaya menunduk Brasil 2-1,sekaligus menamatkan dan menghancurkan semangat penyokong setia Brasil terutamanya penyokong dari Malaysia sendiri yang puratanya ramai menyokong Brasil.Ramai Kawan-kawan admin turut kecewa,salah mereka jugak kerana belagak sangat yang pasukan mereka itu akan menang. Walauapapun Spain akan menang malam ni.
Gol awal Brazil itu langsung tidak melunturkan semangat juang Belanda yang terus melancarkan asakan untuk mencari gol penyamaan.
Hasilnya, Belanda berjaya melakukannya selepas dihadiahkan gol jaringan sendiri oleh pertahanan Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 yang tertanduk bola ke gawang sendiri hasil percubaan Wesley Sneijder.
Gol yang dicari-cari Belanda muncul pada minit ke-68 menerusi tandukan Sneijder sekali gus mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir.
Kemenangan itu dianggap penebus kekecewaan Belanda yang tewas kepada Brazil pada Piala Dunia 1994.
Selepas ketinggalan 1-2, Brazil terus dihimpit derita apabila terpaksa meneruskan baki perlawanan dengan 10 pemain selepas Felipe Melo dilayangkan kad merah atas kekasaran terhadap Arjen Robben. – AP