DiGi tawar RM30,000 seminggu

DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menganjurkan peraduan Ngomong & Menang yang menawarkan hadiah mingguan berupa wang tunai bernilai RM30,000 kepada pelanggan yang membuat panggilan ke Indonesia sekurang-kurangnya tiga minit.

Ketua Segmen Migran DiGi, Tan Oon Keat, berkata DiGi sentiasa mencari pendekatan baru yang menyeronokkan untuk mendekati pelanggan.
"Kami percaya peraduan mudah seperti ini adalah antara kaedah yang baik bagi menghargai kesetiaan serta sokongan berterusan pelanggan DiGi," katanya......
Menurutnya, dengan hanya satu panggilan ke Indonesia, pelanggan DiGi mungkin akan menjadi salah seorang daripada lapan pemenang mingguan yang bertuah.
Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan prabayar DiGi bermula 20 Julai hingga 13 September 2009. Pemenang akan diumumkan setiap minggu.
Pelanggan yang ke-60,000, ke-120,000 dan ke-180,000 yang membuat panggilan selama tiga minit dan ke atas akan dipilih setiap hari pada minggu berkenaan.
Pelanggan bertuah ini akan menerima panggilan dari DiGi dan mereka perlu menjawab dengan satu soalan mudah.
Pelanggan pertama yang memberi jawapan dengan betul akan dipilih sebagai pemenang mingguan.