Pelajar universiti ditangkap kerana meniru

LONDON: Berpuluh-puluh pelajar ditangkap meniru dalam peperiksaan universiti di seluruh Britain.
Angka yang diperoleh menurut Akta Kebebasan Maklumat menunjukkan teknik lama menulis jawapan pada lengan lebih popular berbanding penipuan seperti menggunakan Internet menerusi telefon bimbit.
Kampus paling teruk terbabit dengan penipuan ialah Universiti Teesside di Middlesbrough yang menangkap 17 pelajar tahun lalu.
Universiti Middlesex menyingkirkan 15 pelajar, diikuti oleh Kingston, 10, Sheffield, tujuh dan Kolej Universiti London, enam.
Beberapa teknik yang ditemui pihak berkuasa pelajaran tinggi termasuk menulis nota pada tapak tangan dan kaki, membeli kerja kursus dan esei daripada Internet dan mengguna telefon bimbit. - Agensi
bengong...xjujur btol
ReplyDeleteasal bleh
ReplyDeletepebrang guna sms! org guna mbrung merpatila....bru x kantoi...
ReplyDelete